PELAJAR yang menjadi mangsa buli di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Perak kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital dan berada dalam keadaan lemah.
Baca berita berkaitan: KPM pandang serius kejadian buli – Radzi
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Gengster asrama, perut rakan jadi tempat lepas geram
Baca berita berkaitan: Polis siasat kes buli didakwa berlaku di MRSM Kuala Kangsar
Baca berita berkaitan: MARA tidak berkompromi terhadap kes buli pelajar MRSM
Mangsa yang berusia 13 tahun, difahamkan berada di wad sebuah hospital di Kajang, Selangor untuk pemeriksaan lanjut, susulan ditumbuk bertubi-tubi sekumpulan pelajar lain.
Ketika SatuBerita menghubunginya, mangsa tidak boleh berbual panjang kerana mengakui masih lemah.
Pada masa sama, dia juga perlu menyelesaikan isu berkaitan dengan kejadian itu yang menyaksikan enam pelajar kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan.
Difahamkan, mangsa belum bersedia untuk berkongsi pengalaman ngeri itu dan pada masa sama, mahu mengelak memberi kenyataan yang menggangu siasatan polis.
Setakat ini juga, belum ada sebarang maklumat berhubung tahap kecederaan yang dialami mangsa.
Kejadian itu tular di media sosial selepas tersebarnya rakaman video yang menunjukkan mangsa ditumbuk secara berulang kali oleh pelajar lain.
Setakat ini, belum dapat dipastikan punca sebenar kejadian.
Berikutan kejadian itu, semua pelajar terbabit tingkatan Satu dan Tiga MRSM Sultan Azlan Shah itu disoal siasat polis dan enam daripadanya ditahan, termasuk penular video.
MRSM mengambil tindakan segera dengan menggantung persekolahan selama dua minggu kepada semua pelajar terbabit dan berkemungkinan akan dipecat daripada MRSM. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.