SEBANYAK 97.2 peratus (22.75 juta) individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Rabu.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.6 peratus (23.02 juta) individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu 90.1 peratus atau (2.84 juta) individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 86.7 peratus (2.73 juta) individu golongan itu telah lengkap vaksinasi.
Dalam pada itu, 125,838 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,322 suntikan dos lengkap, 4,572 dos pertama dan 114,944 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54.47 juta dos.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 3.28 juta. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.