
SERAMAI 2.72 juta (86.4 peratus) daripada populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Sabtu.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2.83 juta individu (89.9 peratus) dalam golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa pula, sebanyak 22.72 juta individu (97 peratus) telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23.05 juta (98.4 peratus) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Dalam pada itu, 67,701 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 3,902 suntikan dos lengkap, 3,209 dos pertama dan 60,590 suntikan dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54.03 juta dos.
Jumlah kumulatif dos penggalak kini 2.91 juta. – Bernama