Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Selepas 8 penggal di DUN Satok, Abang Johari ‘berubah angin’ ke Gedong -

Selepas 8 penggal di DUN Satok, Abang Johari ‘berubah angin’ ke Gedong

TAN Sri Abang Johari Tun Openg menamatkan spekulasi apabila bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak.

Beliau yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Satok selama lapan penggal menggantikan Datuk Mohd Naroden Majais di kerusi DUN tersebut.

Pengumuman yang dibuat Abang Johari sendiri pada Majlis Penyerahan Watikah pelantikan Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuching hari ini turut menyaksikan Naroden mengundur diri daripada bertanding pada PRN12 kali ini.

Selain Abang Johari, dua timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kekal di kerusi DUN Bukit Saban serta DUN Bukit Sari, lapor Astro Awani.

Selain itu, GPS mempertaruhkan calon baharu iaitu Nicholas Kudi Jantai Maseng di kerusi DUN Baleh yang sebelum ini dipegang mendiang Tan Sri James Jemut Masing selama lapan penggal.

Nicholas Kudi merupakan anak saudara kepada mendiang Masing. Manakala Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian kekal di DUN Batu Kawah.

Pada PRN11 lalu, GPS yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang 72 kerusi menewaskan DAP dengan tujuh kerusi manakala PKR tiga kerusi. – SB