Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemelut rumah tangga Nynaa-Fahmi sudah berakhir… -

Kemelut rumah tangga Nynaa-Fahmi sudah berakhir…

BAGAIKAN sebuah drama, itu juga yang berlaku kepada rumah tangga pelakon Nynaa Harizal, 25 tahun dan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29 tahun apabila memilih untuk kembali berbaik semula.

Kisah rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan apabila Nynaa ‘diculik’ bapa sendiri termasuklah kisah pengawal peribadi diacukan senjata api ketika itu.

Tidak cukup dengan itu, suaminya pula memfailkan kes perintah kembali taat dan dia pula memfailkan penceraian di Johor.

“Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Saya sangat bersyukur dapat kembali ke tempat saya berada.

“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bermakna anda kepada saya. I love you so much my husband @fahmiilyas. Sehingga ajal memisahkan kita,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram semalam.

Pastinya hantaran berkenaan mendapat perhatian ramai yang rata-rata gembira dia dapat menyelesaikan konflik tersebut secara baik.

Perkongsian Nyna mendapat perhatian rakan artis dan peminat yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka berdua.

Beberapa rakan artis dan selebriti turut meninggalkan komen dan berdoa agar rumah tangga mereka terus kekal bahagia sampai ke akhir hayat.

“Alhamdulilah, semoga Allah pelihara rumah tangga mereka dan terus hidup berkasih sayang,” tulis seorang peminat.

“Saya bangga dengan awak Nynaa. Selagi boleh bertahan, pertahankan rumah tangga awak. Dulu masa bercerita pun saya tak jumpa jalan keluar, saya dipaksa bercerai. Sekarang saya dah jumpa jalan itu,” pesan seorang lagi peminat.

Pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

Bagaimanapun hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.

Untuk rekod, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.