Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Hanya pemandu lori disahkan tertimbus akibat tanah runtuh -

[VIDEO] Hanya pemandu lori disahkan tertimbus akibat tanah runtuh

SEORANG lelaki disahkan terperangkap selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai, Perak pada Khamis.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, merupakan pemandu lori yang membawa muatan sayur dari Cameron Highlands ke Ipoh, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Keadaan mangsa belum dikenal pasti, sebaliknya Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, sebuah lori dan sebuah kereta melibatkan dua individu dilaporkan tertimbus dan terperangkap akibat tanah runtuh.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash Wahid berkata, hanya satu maklumat awal diterima daripada majikan mangsa dan tiada laporan lain diterima setakat ini.

Hadir sama di lokasi kejadian ialah Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman.

Mior Faridalathrash berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga membantu membuat rondaan udara dengan menggunakan dron.

“Kita mahu melihat keadaan pergerakan tanah daripada udara. Kalau ada pergerakan, ia berbahaya kepada pasukan penyelamat.

“Setakat ini operasi berjalan lancar untuk keluarkan mangsa,” ujar beliau. – SB