Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bot terbalik, nelayan terselamat selepas 5 jam terapung di laut -

Bot terbalik, nelayan terselamat selepas 5 jam terapung di laut

SEORANG nelayan ditemukan selamat selepas menempuh detik cemas terapung selama kira-kira lima jam akibat bot dinaiki terbalik dipukul ombak semasa keluar memancing bersendirian di perairan Pulau Kapas, Kuala Terengganu, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata Mohd Nasir Othman, 45, yang terapung dengan berpaut pada bot yang hampir tenggelam, ditemukan dan diselamatkan kru sebuah bot tunda pada kira-kira pukul 5 petang di kedudukan 11.5 batu nautika tenggara Pulau Kapas.

Katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman menerima panggilan daripada bot tunda Macallan 9 yang sedang dalam perjalanan dari Thailand menuju ke Indonesia, pada pukul 7.15 malam.

”Bertindak atas aduan itu, bot Penggalang 16 diatur gerak bagi mengambil nelayan itu dari bot tunda berkenaan di kedudukan 10 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Mohd Nasir tiba di Jeti Zon Maritim Kemaman pada pukul 3.40 pagi tadi dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – BERNAMA