Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelan kerajaan sokong keselamatan persaraan rakyat jadi fokus Dewan Rakyat -

Pelan kerajaan sokong keselamatan persaraan rakyat jadi fokus Dewan Rakyat

PELAN strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) kepada Menteri Kewangan ketika sesi pertanyaan lisan.

Turut terkandung dalam sesi itu soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) meminta penjelasan Menteri Pertanian dan Industri Makanan mengenai langkah kerajaan dalam menangani perubahan iklim yang memberi kesan kepada industri pertanian termasuk penanaman padi.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang bertanyakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung kesediaan kementerian menyegerakan pindaan undang-undang sedia ada bagi menjadikan antun seksual sebagai jenayah di Malaysia.

Selepas sesi itu, persidangan diteruskan dengan menyambung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Semalam, sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi hari kedua melibatkan Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Luar.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan Negara sebanyak RM342 juta menerusi undi suara selepas mendapat lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM760,304,100 yang diperuntukan kepada Kementerian Luar dalam Bajet 2022 juga diluluskan dengan lebih suara menyokong.

Dewan Rakyat bersidang hingga 16 Disember ini– BERNAMA