Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: 24 kematian baharu direkodkan -

Covid-19: 24 kematian baharu direkodkan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 24 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, enam korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID). dan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,002.

Kelantan mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Johor (empat), Kedah dan Perak (masing-masing tiga), Sabah, Sarawak dan Terengganu (masing-masing dua) serta Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 69,790 kes aktif dilaporkan, termasuk 541 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 267 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – SB

Sebanyak 5,525 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,586,601.