Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua lelaki hina MB Kedah ditahan polis -

Dua lelaki hina MB Kedah ditahan polis

POLIS menahan dua lelaki yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menerusi laman media sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-duanya yang berusia 52 dan 45 tahun ditahan di rumah mereka di Kepala Batas dan Mergong Perdana di sini pada 5.15 dan 6 petang semalam.

“Seorang Pegawai Khas Menteri Besar Kedah telah membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada sekitar 10.30 pagi semalam ekoran komen negatif dan jelek oleh dua individu itu di Facebook milik Menteri Besar Kedah.

“Seorang daripadanya adalah pekerja swasta dan seorang lagi peniaga. Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah lampau dibebaskan dengan jaminan selepas diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Comments

Leave a Reply