Lebih 89,000 individu terima dos penggalak semalam

PROGRES Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan.

Terkini, seramai 22.33 juta individu (95.4 peratus) daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam.

Ddata Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW menunjukkan, sejumlah 22.88 juta individu atau 97.7 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Bagi populasi remaja pula, 81 peratus atau 2.54 juta individu telah lengkap divaksinasi manakala 87.2 peratus atau 2.74 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Sebanyak 121,232 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 25,439 suntikan dos lengkap, 6,707 menerima dos pertama dan 89,086 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi PICK kini meningkat kepada 51.46 juta. – SB