
PROSES pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selesai dengan rasminya tepat pada pukul 5 30 petang selasa.
Setakat jam 4 petang, suruhanjaya pilihan Raya memaklumkan peratusan keluar mengundi berada pada 86 peratus.
Secara keseluruhan samai 11,557 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab masing-masing di 31 pusat pengundian awal (PPA) hari ini.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
Sejumlah 21 PPA membabitkan 24 Dewan Undangan negeri (DUN) akan dibuka bermula jam 8 pagi dan akan ditutup 2 petang.
Sementara bagi 10 PPA lagi akan ditutup jam 5.30 petang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.