ISU mengatasi kemiskinan terutama bagi golongan asnaf menjadi tumpuan utama calon
Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Ahmad Bilal Rahaudin.
Sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan itu, Ahmad Bilal mahu terus menunaikan hak-hak penduduk di situ yang sepatutnya sudah diperjuangkan, terutama dalam aspek meningkatkan ekonomi rakyat.
“Serkam ni banyak kawasan kampung, sudah tentu asnaf dan rakyat-rakyat yang miskin perlu dibela.
“Saya janji itulah yang akan kita perjuangkan dan dengan pasukan saya, kami akan perjuangkan dengan bersungguh-sungguh.” katanya kepada SatuBerita.
Sepanjang tempoh kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini, katanya banyak aduan rakyat yang diterima kerana ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 serta pelbagai dugaan lain untuk meneruskan kehidupan.
Namun, dengan insiatif kerajaan yang diatur dengan baik sebelum ini telah memastikan kebajikan rakyat dapat dijaga dan diuruskan dengan betul.
Sehubungan itu, katanya rakyat memang sedar serta yakin pelbagai usaha serta bantuan yang sedang dilakukan kerajaan untuk membantu mereka.
“Keyakinan sudah ada pada rakyat terhadap kepemimpinan Perikatan Nasional. Mereka perlu menyokong usaha ini diperingkat negeri Melaka,” katanya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.