BEBERAPA kawasan di Shah Alam dilanda banjir berikutan hujan lebat yang melanda daerah tersebut.
Baca berita berkaitan: Kanak-kanak empat tahun dikhuatiri lemas jatuh longkang di Shah Alam
Menerusi video bedurasi 30 saat yang dikongsikan oleh Amran Kuang di Facebok, dapat dilihat kawasan di sekitar seksyen 13, Shah Alam mula dinaiki air.
Dapat dilihat juga, terdapat sebuah kereta Myvi berwarna hitam yang ditinggalkan di kawasan itu dengan air yang sedang naik mencecah separuh ketinggian kereta itu.
Menerusi tinjauan pihak SatuBerita di media sosial, beberapa pengguna lain turut menyatakan bahawa Shah alam sudah mula banjir gara-gara hujan lebat yang tidak berhenti.
“Lebat yang amat dahsyat. Confirm banjir lagi Shah Alam harini.” tulis @putereisamary di Twitter.
“Shah alam hujan, rasanya macam hujan yang jenis lama baru berhenti. Confirm ada tempat banjir ni.” tulis @adamrzl di Twitter.
“Shah alam hujan lebat geng, tadi pun dah start banjir.” tulis @DianaParish di Twitter.
Bagaimanapun, Orang ramai khususnya kepada yang menetap di Shah Alam dinasihatkan untuk berhati-hati dan peka dengan keadaan cuaca semasa. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.