Orang Melaka masih keliru, teliti fakta ini

“Tidak tahu lah. Malas mahu fikir, sama sahaja,” jawab Huat ringkas sambil tangannya pantas mengira wang untuk dikembalikan.

Huat seorang peniaga gerai di Ujong Pasir Melaka ditanya reaksinya terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) yang secara rasminya bermula semalam dengan proses penamaan calon bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kenyataan Huat itu tidak memeranjatkan kerana PRN kali ini memang cukup berbeza suasananya.

Mungkin kerana penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) ketat oleh Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dan mungkin juga kerana penularan wabak Covid-19 masih ada walaupun kebanyakan populasi dewasa sudah menerima dua dos vaksin, sikap berhati-hati dan kebimbàngan masih menebal dalam kalangan rakyat.

Sehingga kini, suasana pilihan raya masih terhad di Bilik Gerakan Utama parti-parti bertanding dan jika ada sekali pun perang penyebaran risalah telah pun bermula.

Sejak tengah malam Isnin, peti-peti surat sudah mula dipenuhi risalah parti bertanding. Untuk 11 hari berikutnya pasti penyebaran risalah lebih sengit kerana itu sahaja medium sebaran maklumat sesuai bagi mematuhi SOP, selain penggunaan media sosial.

Seperti Huat, rata-rata penduduk ditemui memiliki sentimen yang sama, tidah mahu ambil peduli tentang PRN kerana menganggap ia sesuatu ‘tidak perlu dan sama sahaja’.

Bagaimanapun sebagai rakyat yang bertanggungjawab, sudah pasti atau mahu tidak mahu mereka perlu melaksanakan tanggunjawab bagi memilih kerajaan baharu

Dan jika masih sangsi atau bosan dengan pilihan sama atau yang sedia ada, tidak salah untuk memikirkan pilihan baharu dengan meneliti fakta ini yang ditawarkan parti Perikatan Nasional (PN)

Daripada 28 calon yang diketengahkan PN, 43 peratus merupakan calon anak muda yang berusia bawah 40 tahun.

Ini merupakan satu keputusan yang paling berani yang dibuat oleh PN mengetengahkan anak-anak muda sebagai pelapis kepimpinan negara dan negeri.

Ini juga menunjukkan komitmen PN utk mengiktiraf peranan anak muda sebagai pemimpin penting yang perlu diketengahkan dalam arena politik negera dan bukannya berterusan dengan pemimpin politik lanjut usia yang penuh dengan percaturan demi kepentingan diri dan juak-juaknya.

PN juga menampilkan lebih 90 peratus muka baru bukan calon recycle yang tidak pernah bertanding dalam PRU atau pilihan raya kecil.

PN juga mengiktiraf wanita dengan menampilkan seramai enam calon wanita.

Calon-calon PN dipilih bukan sahaja berdasarkan hiraki dalam parti tetapi merupakan gandingan profesional dalam pelbagai latar belakang.

Di kerusi DUN Ayer Limau, Bemban dan Sungai Udang PN menampilkan calon terdiri daripada doktor perubatan dan jurutera di DUN Pantai Kundor.

Dengan kepelbagaian ini termasuk pengalaman daripada calon-calon yang datang daripada hiraki parti, PN menawarkan pilihan calon terbaik jika dibandingkan parti lawan.

Namun PN bukan sahaja menyediakan calon berwibawa namun landskap politik yang lebih meyakinkan demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat di Melaka dan Malaysia.

Jelas jika masih sangsi dan bosan dengan pilihan lama, Perikatan Nasional (PN) adalah gabungan parti baharu yang patut menjadi pilihan pengundi Melaka pada 20 November nanti.