TULAR baru-baru ini di media sosial mengenai seorang wanita yang dikatakan ditipu selepas menghantar keretanya di sebuah bengkel di Johor Bharu untuk dibaiki.
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Ditipu penjual barangan bayi, Fizz Fairuz repot polis
Hal itu dikongsikan sendiri oleh Ain di akaun rasmi TikToknya @ain_jeman dan menurut wanita tersebut, dia telah pun menghabiskan 12 ribu untuk membaiki keretanya.
“Ya Allah, menggigil tahan marah sedih tengok kereta macam ini, banyak kali telefon dan banyak alasan yang diberi, hari ini nekad terjah bengkel terus luluh hati saya,” katanya dalam video.
Menurut Ain, pelaku difahamkan jarang memberitahu perkembangan terkini mengenai hal kereta tersebut dan selalunya Ain yang akan mesej pelaku itu melalui WhatsApp dahulu untuk bertanyakan perkembangan baharu mengenai keretanya.
Namun, apabila Ain bertanya mengenai keretanya, pelbagai alasan yang diberikan oleh si pelaku dan memberitahu bahawa dia tidak suka jika Ain meminta gambar ataupun video kerana seolah-olah seperti tidak mempercayai dirinya.
Menerusi video TikTok berdurasi satu minit enam saat yang dikongsikan, dapat dilihat kenderaan milik Ain yang tersadai bersama beberapa kenderaan lain.
Lebih mengejutkan, keadaan keretanya yang hanya tinggal rangka itu ditutup dengan sebuah kanvas biru sahaja dan bahagian dalam kereta dipercayai Proton Wira itu kosong termasuk enjin yang sudah lesap. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.