Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kapal tunda dari Singapura ditahan ceroboh perairan, bersauh tanpa kebenaran -
Bersauh tanpa kebenaran

Kapal tunda dari Singapura ditahan ceroboh perairan, bersauh tanpa kebenaran

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah kapal tunda kerana gagal mempamerkan insuran dan bersauh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tunda itu ditahan dalam satu operasi pada kedudukan 5.5 batu nautika timur Tanjung Penawar pada pukul 8.45 pagi.

“Kapal tunda itu dikendalikan enam kru warga Indonesia berumur di antara 20 tahun hingga 50 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kapal tunda itu dikendalikan enam kru warga Indonesia berumur di antara 20 tahun hingga 50 tahun

“Pemeriksaan lanjut terhadap dokumen bot mendapati nakhoda telah gagal mempamerkan insuran dan juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

“Nakhoda serta Ketua Jurutera bot dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 untuk kesalahan bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 361(6) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 untuk kesalahan gagal mempamerkan dokumen berkaitan polisi insuran maritim. – SB