Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] “Wanita tu bukan mak saya, berhenti tag saya pada video itu” - Mark O’ Dea -

[VIDEO] “Wanita tu bukan mak saya, berhenti tag saya pada video itu” – Mark O’ Dea

SEJAK semalam tular video di media sosial mengenai seorang wanita warga asing bertengkar dengan beberapa perkerja di butik terkenal kerana tidak mahu memakai pelitup muka.

Peliknya, kejadian itu turut dikaitkan dengan personaliti televisyen, Mark O’Dea kerana ada yang mendakwa wanita berkenaan adalah ahli keluarganya.

Menerusi video tiktok berdurasi 33 saat yang dikongsikan Mark O’ Dea, beliau menyatakan orang ramai telah ‘tag’ beliau pada video yang tular semalam.

“Berhenti tag saya pada video itu, wanita itu bukan mak saya,

“Walaupun dia orang putih, dia bukan mak saya” tegas Mark O’ Dea dalam video tersebut.

Beliau menjelaskan, bukan semua ‘orang putih’ bersikap sedemikian kerana ramai yang memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, beliau juga meminta maaf bagi pihak komuniti orang putih atas kesalahan yang dilakukan oleh wanita yang tular semalam. – SB