PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri dilihat meluangkan kira-kira 45 minit semasa menerima kunjungan itu.
Selesai kunjungan hormat, Prabowo berserta delegasi dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Wisma Pertahanan.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa selain kunjungan hormat keatas Perdana Menteri, Prabowo berserta delegasinya yang dalam lawatan kerja sehari itu juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan sejawatannya, Hishammuddin dan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.