Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu pengsan punca kenderaan 4x4 terbabas -

Pemandu pengsan punca kenderaan 4×4 terbabas

POLIS mengesahkan pemandu yang pengsan menjadi punca pikapnya masuk laluan bertentangan merempuh sebuah kereta lalu terbabas di kanan jalan dan melanggar rumah kedai di Taman Jenaris, Kajang, semalam.

Baca berita berkaitan – [VIDEO]4×4 rempuh sebuah kedai kerana disyaki strok kekejangan atau sawan

Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, pemandu Toyota Hilux dan Perodua Alza masing-masing lelaki berusia 39 serta 37 tahun tidak mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan awal mendapati pemandu Hilux itu sedang dalam perjalanan dari pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.

Katanya, lelaki itu pitam ketika memandu akibat tidak makan dan terus panik selepas tersedar ketika kemalangan itu berlaku.

“Kedua-dua pemandu tidak cedera, namun kenderaan mereka ada kerosakan susulan kemalangan berkenaan.

“Hasil ujian alkohol mendapati pemandu Hilux tidak mabuk ketika memandu, manakala ujian saringan air kencing turut mendapati lelaki itu negatif dadah,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – SB