Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kita akan jadi lebih baik daripada 2019 - Muhyiddin -

[VIDEO] Kita akan jadi lebih baik daripada 2019 – Muhyiddin

EKOSISTEM perniagaan secara keseluruhannya diyakini pulih dan bakal kembali berkembang lebih baik daripada waktu sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jika dilihat daripada data-data sebelum ini, negara pada 2019 telah pun mengalami kemerosotan menjejaskan Aspek Kadar Pengeluaran Negara Kasar (KDNK).

Ini menurut beliau, menubuhkan persoalan ditahap manakah tahap pemulihan negara patut diletakkan sama ada sama dengan keadaan pada tahun 2019 ataupun lebih baik daripada itu.

Justeru, beliau telah menetapkan satu penanda aras untuk dicapai dalam pelan pembinaan negara iaitu menjadi lebih baik daripada 2019.

“Ada yang menyatakan kita akan kembali kepada keadaan sedia kala seperti pada tahun 2019, sebelum Covid-19 (melanda), tetapi jika kita ingat, pada tahun berkenaan pun, ekonomi kita tidak berapa baik, menguncup.

“Saya berkeyakinan, kita akan kembali kepada keadaan bukan saja seperti tahun 2019, malah lebih baik dari itu,” kata beliau ketika ditemubual  dalam satu sebuah  di Garasi TV pada Selasa.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, kesan paling teruk dialami oleh sektor pelancongan.

Justeru, pemain industri yang terjejas akibat pandemik COVID-19 telah diminta pemain sektor pelancongan akan diminta membentangkan kertas kerja bagi memaklumkan kesan serta apa usaha daripada pihak kerajaan yang boleh lakukan untuk membantu sektor berkenaan.

Menurut Muhyiddin, semua maklumat dan pandangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu depan.

Beliau berkata, biarpun rentas negeri sudah dibenarkan, sektor pelancongan terutama pengusaha hotel dan inap desa belum pulih sepenuhnya.

“Sektor pelancongan paling tertekan, banyak hotel terpaksa ditutup disebabkan masalah pandemik ini. Ini antara sektor mungkin mengambil masa paling lama untuk pulih.

“Ada unjuran mengatakan empat tahun baru selesai masalah dihadapi sektor ini tetapi dalam tempoh itu, berapa banyak lagi hotel akan ditutup. Maka MPN sedang melihat apa bentuk (bantuan) yang perlu disegerakan,” katanya. – SB