6,148 kes positif Covid-19 hari ini

KES harian COVID-19 di negara ini kembali meningkat melebihi 6,000 kes dengan 6,148 dilaporkan hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu yang dijangkiti COVID-19 di negara ini ialah 2,448,372 kes.

Semalam, Malaysia melaporkan pertambahan sebanyak 5,726 kes baharu. – SB