Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae Woo meninggal dunia -

Bekas Presiden Korea Selatan Roh Tae Woo meninggal dunia

BEKAS Presiden Korea Selatan, Roh Tae Woo meninggal dunia pada Selasa pada usia 88 tahun.

Tae Woo yang berkhidmat sebagai presiden dari 1988-1993, baru-baru ini dimasukkan ke hospital selepas kesihatannya merosot.

Mendiang seorang bekas jeneral menjadi Presiden menggantikan Chun Doo Hwan selepas membantu beliau merampas kuasa pada 1979 susulan kematian Park Chung Hee.

Pada 1996, Tae Woo dan Doo Hwan telah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan melakukan pemberontakan kerana peranan mereka dalam rampasan kuasa tentera 1979 serta kekerasan yang dilakukan terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi  di Gwangju pada 1980.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan didenda kira-kira 260 bilion won (RM 924,899). 

Pada 1997, ketika pemerintahan Presiden Kim Young Sam beliau telah menerima pengampunan. – SB