Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MATTA desak buka destinasi lain untuk pelancong antarabangsa -

MATTA desak buka destinasi lain untuk pelancong antarabangsa

GELEMBUNG Pelancongan Antarabangsa di Pulau Langkawi tidak mencukupi untuk membantu industri pelancongan negara.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, berkata walaupun langkah itu bagus, sektor pelancongan di destinasi lain di negara ini juga berada dalam situasi yang sukar dan perlu diberi perhatian.

Beliau mencadangkan supaya pelancong asing juga dibenarkan berada di negeri yang mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

“Malaysia boleh menjalin kerjasama dengan negara ASEAN memandangkan Malaysia menjadi destinasi utama bagi pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei,” katanya memetik laporan BH.

Katanya, perkara utama yang perlu dilakukan adalah pelancong ini tidak bersendirian, sebaliknya datang dengan ejen bertauliah yang akan mengatur dan menguruskan perjalanan ke lokasi yang ditetapkan sahaja.

“Negara yang sudah mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi juga tidak mengadakan gelembung pelancongan untuk menghidupkan sektor pelancongan yang terkesan teruk.

“Mereka membuat jalinan pengurusan risiko bersama negara yang ‘hijau’, malah pembukaan lokasi yang mempunyai kadar vaksinasi tinggi serta komuniti dua dos untuk dilawati pelancong asing,” katanya – SB