Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Shuib belum bersedia cari pengganti Sarah -

[VIDEO] Shuib belum bersedia cari pengganti Sarah

TIDAK dapat dinafikan, pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin memberi kesan yang besar kepada orang ramai terutamanya suaminya Shahmira Muhamad, 37, atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu.

Menerusi temubual bersama Shuib di Indigital Music Nite malam tadi, beliau berkata buat masa sekarang masih belum bersedia lagi untuk mencari pasangan hidup.

“Saya jadi tak reti dan rasa pelik sebab saya sering terfikir apa perasan arwah di sana.” katanya.

Bagaimanapun Shuib juga menyatakan bahawa beliau masih muda dan ibunya berpendapat bahawa anak-anaknya memerlukan kasih sayang daripada seorang ibu.

“Memanglah saya boleh jadi mak dan bapak tapi anak-anak saya perlukan sentuhan daripada seorang ibu” katanya.

Selain itu, Shuib juga berkata dia tidak akan mencari seseorang yang berpersonaliti seperti Arwah Siti Sarah cuma mungkin ada kriteria-kriteria yang akan ditetapkan dalam memilih jodoh.

“Apa yang saya tetapkan bukanlah untuk kepentingan peribadi saya tapi untuk anak-anak dan keluarga saya,

“Kalau dia berjaya mencuri hati anak-anak saya mungkin dialah orangnya,” kata Shuib.

Shuib juga sempat menyatakan apa yang penting adalah anak-anaknya.

“Mereka pernah ada mak dan mesti mereka nak membesar dengan kasih dan sayang daripada seorang ibu,

“Jadi ianya tanggungjawab saya untuk memilih orang yang tepat.” Katanya.

Sementara itu, Shuib juga menepis khabar angin yang menyatakan ada seorang penyanyi yang juga bekas anggota berkumpulan sedang ingin mengenali beliau.

“Alahai saya ni siapa je. Biasa-biasa je. Saya ada di sini pun sebab Sarah juga,

“Saya serahkan semuanya kepada takdir, saya pun kena pandai menilai banyak benda terutamanya keluarga saya dan masa depan anak-anak”. Jelasnya.

Mengulas lanjut, Shuib berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini dan apa yang lebih penting untuk beliau adalah anak-anaknya. – SB