Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin ucap terima kasih atas sokongan Ahli Parlimen BN -

Muhyiddin ucap terima kasih atas sokongan Ahli Parlimen BN

PERDANA MENTERI, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli parlimen barisan nasional yang menyatakan sokongan kepada beliau.

Menurut Muhyiddin dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini adalah selaras dengan titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada beliu semasa sesi menghadap di Istana Negara pada pada Rabu lalu.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan semua Ahli Parlimen BN yang bersama beliau menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan saya.

KENYATAAN PERDANA MENTERI YANG DIKELUARKAN PADA HARI INI.

“Saya juga mengucapkan terima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan saya sebagai Perdana Menteri ditentukan di Parlimen pada bulan September dalam usul undi percaya dan bukan melalui kaedah lain,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Perdana Menteri juga harapan beliau sokongan yang diberikan itu dapat menghentikan polemik politik yang sedang berlaku pada masa ini dan memberi ruang kepada Kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani COVID-19, mempercepatkan proses vaksinasi dan memulihkan ekonomi negara.

Tambah beliau, kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini yang sedang melanda ketika ini.

IISMAIL Sabri bersama sebahagian daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional di ketika sidang media mengenai situasi politik semasa di Auditorium DBKL. – NSTP

Ucuapan terima kasih yang disampaikan itu susulan kepada pengumuman yang dibuat oleh Ismail Sabri dalm sidang media di Kuala Lumpur bersama 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional kepada kerajaan Perikatan Nasional pagi tadi. – SB