PERLU ada prasyarat sebelum memberi longgar and kepada individu yang telah mendapatkan dua dos vaksin Covid-19.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim, pra-syarat berkenaan perlu bagi mengelakkan kenaikan mendadak kes jangkitan Covid-19 dalam negara.
Dr. Hishamshah menjelaskan, antara prasyarat yang utama yang perlu ditetapkan adalah kadar vaksinasi 80 peratus.
“Kadar vaksinasi perlu tinggi supaya kita tidak mendapat peningkatan kes mendadak,” katanya pada sidang akhbar khas Covid-19 di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada Jumaat.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi.
Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.