Paksa gugurkan kandungan, Kim Seon Ho akhirnya mohon maaf

SEJAK beberapa hari yang lalu nama Kim Seon Ho semakin panas apabila kontroversi bersama teman wanitanya diperkatakan umum. Bagi yang mengikuti kes berkenaan, isu moral yang diperkatakan begitu mengejutkan.

Semuanya bermula apabila dia menghamilkan teman wanitanya dan meminta wanita berkenaan menggugurkan kandungan selain termakan kata-kata manis pelakon Hometown Cha-Cha-Cha itu.

Disebabkan kes berkenaan semakin panas, Kim Seon Ho telah membuat permohonan maaf kepada bekas kekasihnya hari ini. Jelasnya, dia terkesan dengan pendedahan yang dibuat dan bersedia menjernihkan segala kekeruhan.

“Pertama sekali saya memohon maaf terhadap kenyataan ini. Apabila nama saya disebut dalam artikel berkenaan, saya menjadi takut dan tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Lantas saya hanya mampu tampil dengan tulisan ini.

“Saya bercinta dengan individu berkenaan dengan perasan yang baik dan semasa hubungan berlangsung saya menyakitinya kerana kekurangan diri dan tidak bertimbang rasa. Harap saya dapat bertemunya dan memohon maaf,” tulisnya.

Selain itu, pelakon berkenaan juga berharap berpeluang untuk bertemu dengannya dan dalam masa yang sama berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kerjaya seni sehingga ke hari ini.

“Saya hanya mampu berdiri sebagai seorang Kim Seon Ho dan sokongan mereka membuatkan saya terlupa hal ini. Saya juga memohon maaf kepada semua termasuklah pihak produksi kerana menyebabkan kekacauan atas kesilapan sendiri.

“Tulisan ini mungkin tidak cukup untuk sampai kepada semua tetapi secara ikhlas saya memohon maaf,” kata pelakon filem Start-Up ini lagi.

Terdahulu dalam sebuah entri di laman komuniti, seorang wanita mendedahkan yang dia merupakan kekasih kepada pelakon berkenaan sejak awal 2020.

Wanita berkenaan mengakui telah hamil dan diminta untuk menggugurkan kandungan. Disebabkan wanita itu mempunyai masalah rahim, doctor mengesahkan yang dia berkemungkinan sukar untuk mengandung lagi sekiranya melakukan proses pengguguran.

Dia juga berjanji untuk berkahwin dengannya dua tahun lagi sekiranya wanita berkenaan menggugurkan kandungan selain menerima bayaran 2 juta won untuk prosesn berkenaan.

Perkara tersebut menjadi sebaliknya apabila Kim Seon Ho tidak mengendahkan dan memutuskan untuk berpisah dengannya tanpa sebarang permohonan maaf dengan alasan tidak mahu memberikan kesan kepada popuaritinya.

Nama Kim Seon Ho semakin panas apabila beberapa rancangan televisyen menggugurkan Namanya selain beberapa jenama popular turut memadamkan kesemua wajahnya. – SB