Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peniaga air tebu hampir hancur jari tersepit mesin -

Peniaga air tebu hampir hancur jari tersepit mesin

SEORANG lelaki hampir hancur jari tangan kirinya selepas tersepit pada mesin air tebu dalam kejadian di Taman Dato’ Shahbandar, Seremban pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.34 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian bagi membantu lelaki berusia lingkungan 50 tahun itu yang berniaga air tebu di depan rumah.

“Anggota bomba mengambil masa kurang daripada lima minit bagi mengeluarkan tangan kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad berkata peniaga tersebut dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.