Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kilang lerai sisa 'e-waste' haram diarah tutup serta-merta, kompaun RM30,000 -

Kilang lerai sisa ‘e-waste’ haram diarah tutup serta-merta, kompaun RM30,000

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahkan sebuah premis yang menjalankan aktiviti meleraikan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di Juru ditutup serta-merta selepas didapati beroperasi secara haram. 

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan sekumpulan pegawai JAS Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kira-kira pukul 10 pagi semalam, premis itu turut dikompaun sebanyak RM30,000 atas kegagalan mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. 

Anggota JAS melakukan pemeriksaan sebuah kilang yang beroperasi secara haram di Juru

Menurut Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, hasil pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi tanpa kebenaran atau lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta lesen daripada Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

“Sehubungan itu, arahan menghentikan operasi serta-merta telah dikeluarkan kepada pihak premis sehingga siasatan kes selesai,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Menurut Sharifah Zakiah, premis itu akan disiasat di bawah Seksyen 18, AKAS 1974 kerana beroperasi tanpa lesen daripada JAS yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.  

Hasil pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi tanpa kebenaran atau lesen daripada PBT serta lesen daripada JAS

Selain itu katanya, premis terbabit turut disiasat di bawah Seksyen 34B akta sama yang mana sekiranya disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000. 

Ujar beliau, JAS Pulau Pinang memandang serius keperluan pematuhan segala peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan buangan terjadual oleh semua pihak. 

“Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi sepenuhnya peraturan dan perundangan yang sedia ada sebagai amaran kepada pihak lain supaya lebih berhati-hati dalam mematuhi semua peruntukan perundangan berkaitan buangan terjadual serta tidak melupuskan dengan sewenang-wenangnya ke tempat yang tidak sepatutnya.  

“Sebarang kegagalan akan dikenakan tindakan perundangan yang serius tanpa sebarang kompromi,” katanya. – SB