Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] KJ buat lawatan mengejut lagi, kali ini ke HTJ Seremban -

[VIDEO] KJ buat lawatan mengejut lagi, kali ini ke HTJ Seremban

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini meluangkan masa bagi mengadakan lawatan mengejut di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Menurut perkongsian salah seorang petugas HTJ, Ahli Parlimen Rembau itu difahamkan meluangkan hampir satu jam di hospital itu.

Difahamkan beliau melawat beberapa wad dan sempat berbual dengan para doktor, terutama doktor-doktor kontrak bagi mendengar aduan mereka.

Berdasarkan beberapa video yang dikongsikan oleh petugas hospital, Khairy dilihat bertanya tentang situasi menangani COVID-19 di hospital berkenaan.

Menurut akaun rasmi Khairy di Twitter, beliau turut mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Mawar, sebuah hospital swasta di Seremban.

Khairy sebelum ini turut pernah mengadakan lawatan mengejut di Hospital Kajang pada September lalu.

Lawatan tersebut menjadi topik perbualan netizen yang rata-rata memuji tindakannya untuk meninjau sendiri keadaan di hospital tanpa protokol dan sambutan besar-besaran. – SB