Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pasukan khas siasat tindakan seterusnya terhadap dakwaan Tommy -

Pasukan khas siasat tindakan seterusnya terhadap dakwaan Tommy

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberitahu, Kabinet semalam bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas siasatan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, dalam bukunya yang bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Beliau dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu menambah, pasukan petugas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara yang akan dilantik dalam masa terdekat manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak sebagai urus setia.

“Pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan ini antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah
kerahsiaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut berkata, Kabinet juga bersetuju agar pasukan petugas khas diwujudkan berhubung kes Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca.

Menurut beliau, pasukan berkenaan akan membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

“Usaha ini bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca/ Pulau Batu
Puteh.

“Pasukan petugas khas ini akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri berkata, Kabinet juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah ‘Tort of Misfeasance’ ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Beliau turut menyatakan, ketiga-tiga jawatankuasa yang dipersetujui oleh Kabinet itu akan diberi tempoh selama enam bulan bagi memperoleh dapatan dan cadangan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk tindakan susulan. – SB