Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Operasi jambatan Pulau Pinang kini bergantung bekalan kuasa alternatif -

Operasi jambatan Pulau Pinang kini bergantung bekalan kuasa alternatif

PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) memaklumkan semua lorong di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang yang mengalami gangguan elektrik telah beroperasi seperti biasa.

Namun menurut PLUS, semua lorong dapat beroperasi seperti biasa dengan menggunakan bekalan kuasa alternatif.

“PLUS juga ingin memaklumkan semua lorong telah beroperasi seperti biasa dengan menggunakan bekalan kuasa alternatif. Kami juga sedang berusaha memulihkan kembali bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang secepat mungkin,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook PLUS Malaysia.

Dalam pada itu, pihak mereka turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam tadi.

“PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi.

“Kami juga sedang berusaha memulihkan kembali bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang secepat mungkin.

“Pelanggan yang bercadang menggunakan jambatan tersebut pada ketika ini dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan memastikan jarak yang selamat dari kenderaan di hadapan,” katanya.

Untuk maklumat terkini keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter @PLUSTrafik atau muat turun Aplikasi PLUS.

Sejak malam tadi, tular di media sosial mengenai gangguan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol jambatan berkenaan.

Menurut Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid, gangguan yang berlaku pada 8.23 malam itu turut menjejaskan kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan itu. – SB