Hanya individu vaksinasi lengkap boleh ‘dine-in’

Tiada kemas kini peraturan MKN – Khairy

0
473
GAMBAR HIASAN

TIADA sebarang kemas kini dibuat terhadap peraturan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang digunapakai untuk premis makanan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, peraturan hanya individu lengkap vaksinasi dibenarkan ‘dine-in’atau makan di restoran tetap terpakai pada semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, laporan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyatakan sebaliknya selepas beberapa negeri beralih ke Fasa Tiga adalah tidak tepat kerana ia tidak dikemaskini.

“Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in kekal bagi semua fasa pemulihan.

“Peraturan yang dikeluarkan oleh @MKNJPM tidak dikemaskini.
“Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated (Keistimewaan makan di restoran untuk semua peringkat fasa pemulihan hanya diberikan kepada mereka yang telah lengkap vaksinasi),” kata di Twitter hari ini.

Khairy menjelaskan, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.

Satu set prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh MKN semalam menyatakan kesemua individu dibenarkan makan di restoran pada negeri-negeri yang berada pada Fasa Tiga dan ke atas tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Lembah Klang dan Melaka hari ini menyertai Perlis, Pahang, Terengganu dan Sarawak beralih ke Fasa 3 yang menyaksikan lebih banyak SOP dikurangkan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukan sahaja ‘dine-in’, kabinet juga bersetuju setiap kemudahan perlu mewajibkan syarat lengkap vaksinasi di semua Fasa PPN.

“MKN telah diarahkan supaya segera mengemaskini peraturan dan SOP berkaitan yg mana ia mesti dipatuhi sepenuhnya semua pihak demi perangi COVID-19,” ciap beliau di Twitter. – SB