Pandelela berpeluang sumbang pingat kepada negara

0
265

RATU terjun negara, Pandelela Rinong berjaya menamatkan saingan pusingan kelayakan itu di tempat ke-18 daripada 30 peserta selepas mengumpulkan 284.90 mata selepas lima terjunan.

Kejayaan itu bermakna, juara Piala Dunia 2021 berkenaan merupakan peserta di tangga terakhir layak ke pusingan separuh akhir esok.

Bagaimanapun, seorang lagi wakil negara, Cheong Jun Hoong terkandas selepas mengakhiri terjunan di kedudukan ke-26 dengan mengumpul 251.80 mata sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya.

Kesilapannya pada dua terjunan pertama menyaksikan Jun Hoong gagal menempatkan diri dalam kelompok 18 penerjun terbaik untuk meneruskan saingan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here