Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 2,000 kes Baharu Covid-19 di Singapura buat dua hari berturut-turut -

Lebih 2,000 kes Baharu Covid-19 di Singapura buat dua hari berturut-turut

SINGAPURA mengesan lebih 2,000 kes baharu COVID-19 untuk hari kedua pada 29 September dengan lapan kematian.

Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan daripada 2,268 kes baharu sebanyak 1,810 kes dilaporkan di komuniti, 448 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.

Dalam kemas kini terbaru kementerian itu, 1,335 kes kini ditempatkan di hospital, 197 kes serius yang memerlukan bantuan oksigen dan 34 kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Sejak 28 hari lalu, daripada 26,088 individu yang dijangkiti, 98.1 peratus tidak atau bergejala ringan, 1.6 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus dirawat di ICU dan 0.1 peratus meninggal dunia.

Menurut kementerian itu, lapan kematian membabitkan warga emas Singapura – dengan enam daripadanya tidak divaksin COVID-19.
Secara keseluruhan, 93 maut akibat komplikasi COVID-19.

Pada 28 September, kementerian memaklumkan 82 peratus rakyat Singapura sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19, manakala 85 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Singapura sudah memberikan sejumlah 9,157,529 dos vaksin Pfizer-BioNTech Comirnaty dan Moderna COVID-19 di bawah program vaksinasi kebangsaan termasuk 196,211 dos penggalak.

Sebanyak 195,791 dos vaksin lain yang diluluskan penggunaan kecemasan oleh  Perubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan, membabitkan 98,772 individu.
Sehingga tengah hari Rabu, jumlah kes adalah sebanyak 94,043 dengan 16.643 kes aktif. – Bernama